translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

PEKIN: DAKWAAN PUTUS TUNANG BUKAN KERANA INGIN CARI PUBLISITI


pekin dakwaan putus tunang bukan kerana ingin cari publisiti
Aktor Pekin Ibrahim menolak dakwaan kononnya isu putus tunangnya dengan Uqasha Sensrose sengaja diada-adakan bagi mendapatkan publisiti.
Dalam kenyataannya kepada mStar Online hari ini, Pekin, 33, berkata, sepanjang pembabitannya dalam bidang lakonan dia tidak pernah cuba meraih sebarang publisiti murahan terutamanya mengenai kehidupan peribadi.
Pemilik nama sebenar Mohd Iznan Ibrahim ini juga berkata apa yang berlaku adalah salah faham dan tidak timbul soal cuba meraih populariti kerana itu bukan pendiriannya.
Isu tersebut adalah sesuatu yang tidak dijangka Pekin sendiri dan setakat ini ia telah pun dileraikan dengan cara yang baik.
Pekin sebelum ini membuat kenyataan hubungan cintanya dengan Uqasha berakhir selepas mendakwa mempunyai bukti tunangnya itu bermain kayu tiga dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.
Bagiamanapun pertemuan empat mata di antara dia bersama pelakon itu telah merungkai salah faham isu berkenaan dan ia sudah dianggap selesai.
Selain itu, Pekin turut menyalahkan sebuah blog sebelum ini kerana menjadi pencetus isu tersebut selain mendakwa kenyataanya untuk putus tunang adalah kerana emosi.
Pekin juga bersyukur kerana pihak media lain dan peminat sentiasa memberikan sokongan positif kepadanya sepanjang kontroversi itu melanda dirinya."Ikutkan hati saya malas hendak komen mengenai isu berkenaan tetapi ia perlu dijelaskan kerana ia berpunca daripada kesilapan saya sendiri dan saya tidak mahu ia bertambah teruk tambahan pula apabila melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.
"Sebagai seorang manusia biasa saya perlu mengakui kesalahan saya dan menjadikan insiden itu sebagai satu pengajaran pada masa hadapan," katanya.
Pekin kini telah pun berbaik semula dengan Uqasha dan kejadian itu telah menguatkan lagi hubungan di antara mereka dan bersyukur kerana hubungan di antara keluarga tidak terjejas.
Terbaru menurut Pekin, tunangnya itu telah mengadakan sebuah majlis hari jadinya di sebuah hotel di Subang Jaya pada malam Sabtu lalu dengan dihadiri oleh kenalan rapat mereka.
Pekin memberitahu dia sangat terharu dengan majlis berkenaan dan menganggap ia adalah sesuatu yang istimewa.
"Ia bukan lagi satu kejutan walaupun Uqasha ingin berbuat demikian tetapi saya memang terkejut apabila majlis yang diadakan itu sangat meriah dan saya cukup terharu," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts