translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

CAREFREE KEMBALI LANCAR ALBUM BARU SELEPAS 30 TAHUN

carefree kembali lancar album baru selepas 30 tahun
Rasanya hampir 30 tahun kumpulan Carefree yang popular di zaman 70-an tidak mengeluarkan album. Kali terakhir kumpulan yang popular menerusi lagu, Belaian Jiwa, Rindu Bayangan dan Si Baju Hijau tampil dengan album ‘Kebebasan III’ pada tahun 1983.
Selepas daripada itu, Carefree hanya menyepi sehingga mereka berpecah secara rasmi pada tahun 1997. Namun baru-baru ini Carefree kembali muncul semula dengan album baru mereka berjudul ‘Bersama Carefree’ yang menampilkan tujuh buah lagu hasil ciptaan dan susunan mereka sendiri.
Bercakap kepada wakil Murai, vokalis kumpulan Carefree iaitu Hadi Hassan gembira dengan sambutan yang diterima oleh peminat walaupun baru dilancarkan dua hari yang lalu.
Menurut Hadi yang juga adik kepada penyanyi Salamiah Hassan, apa yang menarik tentang album ‘Bersama Carefree’ adalah usaha mereka menghasilkan album ini 100% tanpa bantuan khidmat komposer dan penulis lirik tempatan. “Selepas 30 tahun Carefree tidak keluar dengan sebarang material atau album, kini kami muncul dengan album terbaru berjudul ‘Bersama Carefree’ yang mengandungi tujuh buah lagu.
Apa yang menarik adalah 100% album ini adalah hasil kerja kami sendiri dan genre muzik berbeza dalam tujuh buah lagu yang dirakamkan. “Mengapa kami hasilkan album sendiri kerana kami mahukan kepuasan selain kebebasan untuk kami berkarya.
Sebelum ini kami perlu patuhi segala perancangan yang telah ditetapkan oleh Carefree sendiri untuk pembikinan sesebuah album.“Tapi kali ini Carefree mengambil langkah untuk belajar berdikari untuk menghasilkan sebuah album walaupun hanya selepas 30 tahun Carefree muncul dengan album baru,” jelas Hadi Hassan panjang.
Dalam pada itu, Hadi Hassan tidak menolak punca utama mereka tampil dengan album sendiri adalah untuk memenuhi kehendak pendengar masakini ditambah dengan pelbagai aliran muzik yang berada di pasaran. “Pada awal kami mahu keluarkan 13 buah lagu dalam album ‘Bersama Carefree’ tetapi setelah ditapis dan mengikut kepada kesesuaian untuk para pendengar, kami setuju untuk keluarkan tujuh buah lagu sahaja. “Kami mahukan kualiti selain mahu para pendengar dapat merasaikan pengalaman luarbiasa dengan muzik baru bawaan Carefree.
Maksud saya muzik baru Carefree bukan kami cuba ubah gaya muzik Carefree tetapi kami cipta lagu mengikut kesesuaian halwa telinga pendengar masa kini. “Walaupun genre muzik seperti Blues, Funk, Rock, Balada, Fusion dan sebagainya ada dalam tujuh buah lagu ini, tetapi saya yakin para pendengar pasti dapatkan rasakan bait-bait muzik Carefree yang dahulu masih “melekat” lagi,” ujar Hadi lagi.
Selain itu, Carefree turut menghasilkan sebuah lagu khas buat Jabatan Kebajikan Masyarakat berjudul ‘Find It In Your Heart’ yang banyak membantu dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan prihatin dengan isu semasa yang sedang berlaku di Malaysia. “Idea untuk hasilkan lagu untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat datang setelah saya tonton tv dan lihat bagaimana institusi beri bantuan kepada masyarakat.
Saya tertarik dengan usaha Dato’ Noraini yang berusaha untuk tangani masalah-masalah serius yang berlaku di negara kita. “Jadi saya bincang dengan ahli kumpulan lain untuk sama-sama beri bantuan dalam bentuk hiburan atau muzik, maka hasilnya kami cipta lagu ‘Find It In Your Heart’ khas untuk Jabatan Kebajikan Masyakarat.
Melalui lagu ini secara tak langsung sama-sama menyokong dan hulur bantuan untuk bantu masyarakat kita. Album ‘Bersama Carefree’ kini berada di pasaran dengan harga RM19.90 di kedai-kedai muzik berdekatan dan anda juga boleh mendapatkannya secara online menerusi laman web rasmi Dream Music di www.dreammusic.com.my, www.drammedia.com.my atau www.brandmalaysia.com.my/dreamamusic.php Carefree kini dianggoi oleh lima orang ahli iaitu Simon (gitar/vokal), Hadi Hassan (bass/vokal), Zack (keyboard/vokal), Reeyan (dram/vokal) dan Hizey (keyboard/vokal).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts