translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

AWIE DEDAH RAHSIA KENAPA DIA TIDAK MINAT DENGAN BOLA SEPAK

awie dedah rahsia kenapa dia tidak minat dengan bola sepak
Vokalis kumpulan Wings, Awie akui yang dia gementar dan masih tidak percaya apabila dia diberi kepercayaan memegang watak bekas pemain bola sepak legenda negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dalam teater SuperMokh.
Menurut aktor yang dikenali dengan watak Husin dalam filem Hantu Kak Limah itu, dia kini dalam proses menyesuaikan diri dengan bola selepas meninggalkan sukan bola sepak selama 30 tahun. “Sejujurnya saya sudah lama tidak bermain bola sepak.
Dahulu ketika zaman sekolah saya aktif juga bermain bola di padang dan posisi saya selalunya penjaga gol. “Namun, selepas saya aktif dengan muzik rock dan kekecewaan saya terhadap dunia bola sepak yang waktu itu banyak gejala rasuah, saya terus berhenti mengambil tahu perkembangan bola sepak,” ujarnya yang mengakui sebagai peminat Mokhtar Dahari atau popular dengan gelaran SuperMokh.
Cerita lanjut tentang pendedahan Awie itu boleh diketahui dalam program MeleTOP yang akan bersiaran pada malam ini. Awie akan hadir sebagai tetamu jemputan untuk mempromosikan teater terbaru lakonannya iaitu SuperMokh.
Penyampai radio, Dina Nadzir yang terlibat dengan pementasan teater muzikal ini juga akan turut menemani Awie untuk berkongsi pelbagai cerita menarik tentang teater muzikal ‘SuperMokh’ selain berkongsi perkembangan terbarunya.
Selain mereka berdua, SuperMokh yang diarahkan oleh Hans Isaac turut akan menampilkan barisan pelakon hebat lain iaitu Rashidi Ishak, Dina Nazir, Maya Karin, Douglas Lim, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna. Dalam pada itu, MeleTOP malam ini juga akan membawakan anda kumpulan Priaband yang diterbangkan khas dari Bandung, Indonesia.
Priaband yang popular dengan lagu ‘Kasih Jangan Pergi’ berada di Malaysia untuk mempromosikan album mereka di sini.
Jangan lupa untuk menonton program MeleTOP yang akan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa malam ini yang akan bersiaran di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135) bermula jam 10.00 malam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts