translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

GAUN BIRU PERMATA NILAM BUAT CAREY NG BERTAMBAH YAKIN

gaun biru permata nilam buat carey ng bertambah yakin

Selepas berjaya mencuri perhatian ramai dengan gaun tradisional Puteri Perak rekaan pereka fesyen Syomir Izwa, langkah Ratu Malaysia Universe 2013, Carey Ng bertambah anggun dengan gaun malam biru permata nilam rekaan seorang lagi pereka fesyen popular,Alia Bastamam.
Selama enam minggu untuk disiapkan, gaun malam yang menggunakan fabrik renda dan juga cifon itu turut diperindahkan dengan kerdipan batu mutiara laut selatan yang menghiasi bahagian atas gaun indah berkenaan.
Wakil dari pihak Alia Bastamam iaitu Jimmy Najeem memberitahu portal murai.com.my, pihaknya amat berbesar hati apabila diberi penghormatan menyediakan gaun malam untuk digayakan Carey Ng pada pertandingan Miss Universe 2013 yang sedang berlangsung di Moscow, Rusia. “Apa yang pasti, gaun ini dibuat khas mengikut bentuk badan Carey yang menawan dan juga personaliti dirinya yang disukai ramai. “Malah kami mengilhamkannya sesuai dengan latar belakang Carey Ng yang berkemahiran menari Balerina dan ianya juga diinspirasikan khusus untuk persalinan gaun malam acara ratu cantik berkenaan,” katanya yang dihubungi.
Tambah Jimmy Najeem lagi, kain cifon yang menjadi pelapik dibahagian atas gaun itu sengaja diwujudkan bagi memberi kesan tersendiri selain potongan istimewa di bahagian bawah gaun bagi menampakkan kaki ratu berkenaan lebih panjang.
Katanya, pihak Alia Bastamam sengaja memilih rona biru permata nilam berkenaan bagi memberikan simbahan yang berlainan dan juga lebih tersendiri tetapi masih tampak anggun apabila berada di atas pentas gah acara berkenaan. “Saya sempat menghubungi carey Ng menerusi Face Time semalam dan daripada temubual itu Carey Ng nampaknya cukup selesa dengan persembahannyadi sana. “Walau apapun, kita nantikan saja keputusannya Ahad ini,sama ada dia berjaya mara ke peringkat teratas.
Kerana kalau tak silap saya, kali terakhir Malaysia berjaya ke Top 16 iaitu pada 42 tahun lalu dan diharap sejarah itu akan berulang lagi,” katanya.
Acara gilang-gemilang Miss Universe 2013 akan diadakan pada 9 November ini, jam 9 malam terus menerus dari Crocus City Hall, Moscow.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts