translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

JOVIAN MANDAGIE SIBUK BUAT PERSIAPAN PERKAHWINANNYA DENGAN NINA

jovian mandagie dan nina sibuk buat persiapan kahwin

Dalam pada sibuk menguruskan dua butik fesyen utamanya di Bangsar, pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie nampaknya sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinannya tidak lama lagi.
Bakal diadakan pada Disember ini, kisah cinta antara Jovian Mandagie dan kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina akhirnya bersatu menerusi ikatan yang sah lagi suci.
Tinjauan portal menerusi laman sosial kedua-dua pasangan romantik itu mendapati, mereka telah pun menjalani sesi fotografi istimewa sebagai salah satu persiapan untuk majlis persandingan yang masih dirahsiakan tarikh dan lokasinya itu.
Tidak ketinggalan sesi menyiapkan pakaian untuk para pengapit yang bakal mengiringi mereka berdua pada majlis hari bahagia berkenaan.
Malah menerusi laman Instagram Nina mendapati, dia telah berkunjung ke sebuah pulau indah bersama-sama rakan terdekat baru-baru ini bagi meraikan hari bahagia buat bakal pengantin baru itu tidak lama. Sempat juga Jovian Mandagie mengirimkan surat cinta kepada bakal isterinya itu sebagai melahirkan rasa kasih dan sayang serta sentuhan romantik mereka berdua.
Sementara itu Jovian Mandagie ketika dihubungi mengakui bahawa dia kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya bersama gadis pujaan hatinya itu.
Jovian Mandagie bagaimanapun berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan bersama pihak media tidak lama lagi bagi mengumumkan majlis hari bahagia mereka berdua itu.
Walaupun jadualnya semakin sibuk, itu tidak menghalang untuk Jovian Mandagie menjalani tanggungjawabnya sebagai seorang pereka fesyen dengan melahirkan busana pengantin untuk raja sehari sama ada di dalam negara mahupun luar.
Malah ada saja foto-foto peribadi yang dimuat naik oleh kedua-dua pasangan berkenaan di laman Instgaram masing-masing untuk dikongsi dengan ratusan ribu peminat mereka.Tahniah diucapkan kepada Jovian Mandagie dan Nina.
Semoga perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts