translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

PEREKA FESYEN EZUWAN ISMAIL DIPUKAU, HAMPIR JADI MANGSA PENJENAYAH?

pereka fesyen ezuwan ismail dipukau hampir jadi mangsa penjenayah

Dalam pada penyanyi yang menjadi mangsa penjenayah mengumpulkan bahan bukti dan mangsa-mangsa yang lain, dapat tahu salah seorang pereka fesyen popular tempatan hampir-hampir terkena dengan helah penjenayah berkenaan.
Difahamkan, pereka fesyen yang dimaksudkan adalah Ezuwan Ismail yang baru saja berumahtangga pertengahan tahun ini.
Sungguhpun Ezuwan hampir terpedaya dengan helah penjenayah yang dikehendaki itu, namun keadaan Ezuwan kini stabil serta dalam keadaan selamat. Bagaimanapun, difahamkan Ezuwan sudah pun dipukau sewaktu berkomunikasi dengan penjenayah tersebut menerusi perbualan telefon.
Dalam pada itu, penyanyi yang di dalam trauma dan takut untuk kembali aktif dalam urusan kerjanya itu memaklumkan berasa amat pelik dengan penjenayah tersebut.
Penjenayah itu sangat licik dan boleh mendapat semua nombor telefon yang berkaitan penyanyi tanpa ketahui oleh penyanyi berkenaan.
Atas dasar itu, penyanyi ini difahamkan menjadi semakin takut dan bimbang dengan keselamatan semua yang berkaitan dengan dirinya.
Apapun,penjenayah itu bakal ditangkap dalam waktu terdekat kerana banyak bukti kukuh sudah pun dikumpulkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts