translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

MAWAR SAH MILIK FIZO OMAR DENGAN SEKALI LAFAZ

mawar sah milik fizo omar dengan sekali lafaz

Aktor, Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar selamat menikahi Mawar Abdul Karim dengan hanya sekali lafaz di kediaman pengantin perempuan di Country Heights Kajang, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

#19 Fizo Omar & Mawar Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz - ROTIKAYA
Mempelai dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Selangor iaitu Mohd Arif Abdul Samat serta disaksikan oleh abang Fizo iaitu Wan Zamani Wan Omar.
Fizo menyerahkan mas kahwin RM506 serta tujuh dulang hantaran dan dibalas oleh pihak perempuan dengan sembilan dulang hantaran.
#84 Fizo Omar & Mawar Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz - ROTIKAYA

Mereka telah merahsiakan wang hantaran. Hantaran pihak lelaki dibawa oleh rakan-rakan artis yang diketuai oleh Datuk Rosyam Nor dan 7 rakan artis lain seperti Johan Asari, Shaheizy Sam, Karl Shafek, Kamal Adli, Iqram Dinzly, Nazim Othman dan Fahrin.
Majlis pernikahan mereka telah bersiaran secara langsung menerusi Nasi Lemak Kopi O di TV9. Program itu di hoskan oleh AG Hot FM dan Luqman.

#13 Fizo Omar & Mawar Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz - ROTIKAYA
Sebaik sahaja selamat diijabkabulkan Fizo yang terharu kegembiraan terus mengalirkan air mata turut melahirkan rasa kesyukuran ketika ditemu bual AG Hot FM. "Alhamdulilah, saya bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan saya harap saya dapat pikul tanggungjawab sebagai suami dengan sebaiknya,"katanya.

#88 Fizo Omar & Mawar Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz - ROTIKAYA
Majlis telah dihadiri lebih kurang 500 tetamu termasuk keluarga terdekat kedua mempelai serta rakan artis seperti Shila Amzah dan ramai lagi.
Pasangan yang mengenakan persalinan rona putih ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sehari sebelum ijab kabul selepas perkenalan hampir setahun.

#96 Fizo Omar & Mawar Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz - ROTIKAYA
Majlis pernikahan Fizo Omar & Mawar Abd Karim yang dihadiri kira-kira 300 tetamu telah dijalankan di rumah pengantin perempuan di Country Height Kajang.

BACA: Sekitar Majlis Pertunangan Fizo Omar & Mawar Abdul Karim Malam tadi sebelum berlangsung majlis ijab kabul, telah berlangsung satu majlis berinai sekaligus meraikan para pekerja Butik Fareeda.
Pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00.

#85 Fizo Omar & Mawar Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz - ROTIKAYA
Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, plat moto MF 120 jaket dan motosikal berkuasa tinggi 1,200 cc.
Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa tinggi.
Pasangan pengantin baru ini juga memaklumkan yang mereka akan terbang ke Benua Eropah untuk berbulan madu.
Tahniah buat Fizo Omar & Mawar sekeluarga atas ikatan perkahwinan ini, semoga kekal bahagia selamanya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts