translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

JOHAN DERMA WANG KEMENANGAN SUPER SPONTAN PADA WARGA TUA

johan derma wang kemenangan super spontan pada warga tua

Tahniah diucapkan kepada Jep yang menjuarai program realiti, Super Spontan 2013 baru-baru ini sehingga berjaya menewaskan pesaing terdekatnya iaitu Johan.
Meskipun Johan mendapat tempat kedua, namun dia turut berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan juga wang tunai sebanyak RM50,000. Amboi best nya jadi pelawak, menang dapat duit beribu-ribu kan? Cakap pasal duit tu, dengar cerita kononnya Johan tidak mensia-siakan wang kemenangan itu untuk kepentingan dirinya sahaja.
Sebaliknya, ada cerita yang katanya Johan menderma sebahagian wang itu kepada sebuah rumah kebajikan orang tua yang terletak di Selangor.
Namun, dia membuat derma dan amal itu tanpa diketahui orang ramai kerana kebetulan dia ke rumah kebajikan itu adalah untuk menjalani penggambaran.
Sebaik sahaja dia tahu dia akan ke rumah kebajikan itu dia sudah lebih awal mempersiapkan duit-duit itu di dalam sampul untuk diserahkan secara peribadi kepada setiap pengghuni di rumah kebajikan orang tua itu. Orang-orang tua yang tinggal di rumah kebajikan itu dengarnya sangat gembira dengan kehadiran Johan. Malah selepas menerima sampul wang dari Johan itu orang-orang tua itu terharu dan mencium dan peluk Johan sambil mendoakan Johan supaya dimurahkan rezeki lagi.
Sebahagian krew yang melihat situasi tersebut turut mengalirkan air mata. Wah mulia sungguh hati Johan, dan pasti ramai tak tahu sebenarnya dia seorang yang dermawan dan pemurah.

Patutlah rezekinya bertambah murah. Diharap lebih ramai lagi artis mengikut jejak langkah Johan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts