translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

LABEL FESYEN G-STAR SANGGUP KEJAR YUNA KE L.A

label fesyen g-star sanggup kejar yuna ke la

Demi memastikan kempen terkini label fesyen popular dari Eropah, G-Star  menjadi kenyataan, sepasukan jenama berkenaan telah  sanggup terbang jauh ke Los Angeles, Amerika Syarikat untuk bertemu buah hati kesayangan kita, Yuna Zarai.
Pertemuan antara G-Star Raw dan Yuna menjadi lebih Stailista apabila penyanyi berkenaan telah menyarungkan beberapa pasang persalinan berinspirasikan denim daripada jenama dari negara kincir angin iaitu Holland.
Yuna telah mengajak pasukan dari G-Star Raw berjalan-jalan sekitar bandaraya Los Angeles untuk nelihat gaya hidupnya yang bukan sahaja sebagai seorang penyanyi dan pencipta lagu, malahan juga pencinta fesyen sejagat.
Sesuai dengan rekaan G-Star yang mementingkan kualiti fabrik dan ketelitian potongan mengikut rekaan terkini lagi teguh, Yuna telah berjaya merealisasikan sebuah penampilan hangat wanita urban serta bergaya.
Malah kerana imej bertudung yang menjadi identiti Yuna sejak diawal penampilannya lagi, G-Star telah berbesar hati melahirkan scarf istimewa buatnya pada sesi fotografi sehari di bandaraya milik insan kreatif dunia itu.
Yuna telah dibiaskan dengan beberapa jaket, kemeja dan jugaseluar panjang denim yang sememangnya menjadi kegemaran penyanyi Terukit Di Bintang berkenaan sedari dulu lagi.
“Saya memang suka menyarungkan jaket. Saya memiliki beratus koleksi jaket di rumah dan baju chambray dan seluar denim berpotongan langsing.
“Oleh kerana itu saya dapat sesuaikan diri saya denganG-Star. Saya sukakan kebanyakan pakaian G-Star. Ianya sangat praktikal dan saya sukakan kehadiran kocek serta beberapa benda tersembunyi di dalam setiap pakaian rekaannya,” kata Yuna bercerita berkenaan G-Star.
Tambah Yuna lagi, koleksi G-Star melambangkan pakaian seragam masyarakat urban yang sangat selesa apabila dipakai pada bila-bila masa dengan potongannya yang cukup edgy.
Katanya, dia tidak perlu bertungkus lumus untuk tampak bergaya kerana dengan hanya menyarungkan sepersalinan jaket dari G-Star ianya sudah memadai. Apatah lagi dia bukanlah seorang yang suka berlebih-lebihan apabila berpenampilan.
Koleksi Raw Episodes – Yuna Zarai boleh didapati menerusi laman web G-Star (www.g-star.com) sejak Oktober lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts