translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

NOCTURNAL GAMBARAN YUNA TENTANG PERSONALITINYA

nocturnal gambaran yuna tentang personalitinya

Mencipta sensasi tersendiri di lapangan arena muzik antarabangsa, Yuna terus memacu langkah menyusuri impiannya untuk menakluk dunia dengan kelebihan yang dimiliki.
Nocturnal, album pertama Yuna bersama Verve Music Group adalah bukti bahawa Yuna bukan sekadar penyanyi berbakat malah mempunyai citarasa tersendiri yang pastinya akan membawanya pergi lebih jauh dalam arena muzik antarabangsa.
Setelah dilancarkan pada 29 Oktober yang lalu di Amerika Syarikat, Nocturnal telah membawa Yuna terbang pulang ke Kuala Lumpur untuk berkongsi dengan peminat dan media di sini kejayaannya buat sekian kalinya.
Google Malaysia sebagai hos telah memilih pejabatnya yang terletak di Quill 7 KL Sentral, untuk sesi ‘listening party’ bagi album Nocturnal.
Acara ini dipancarkan terus secara live-stream bersama sesi live chat yang dibawakan oleh Malaysia Airlines untuk #MHmoments with Yuna di mana Yuna merupakan duta media sosial syarikat penerbangan itu. Menjawab pertanyaan media mengenai kejayaan album pertamanya bersama Verve Music Group dan Universal Music itu, Yuna memberitahu bahawa pembikinan Nocturnal adalah satu projek yang lebih relaks berbanding sebelumnya. “Kalau cakap pasal cabaran dalam menyiapkan Nocturnal sepenuhnya, saya boleh katakan album ini paling kurang cabaran.

Jika dahulu saya harus terbang dari satu lokasi ke lokasi lain untuk proses recording dan terbang ke lokasi lain untuk bertemu pengarah muzik dan sebagainya, Nocturnal tidak menyukarkan dari segi itu. “Cabaran mungkin akan datang bila saya harus mempersembahkan lagu-lagu di dalam Nocturnal secara live kerana tanpa latihan yang cukup kesukaran akan timbul untuk saya mencecah not tertentu dengan baik. “Semua ini dapat dicapai dengan sokongan daripada keluarga, rakan pemuzik, peminat dan semua individu yang sering menyokong karier saya selama ini,”ujar Yuna ketika ditemui setelah tamat acara listening party untuk album terbarunya Nocturnal di pejabat Google Malaysia, semalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts