translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Helen Flanagan dikejar Playboy!


Helen bakal mengikuti jejak langkah idolanya, Marilyn Monroe...

Impian Helen Flanagan untuk menjadi gadis muka depan majalah Playboy mungkin menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Hugh Hefner, pengasas kepada Playboy, dikatakan berminat membawa gadis mengancam daripada Britain ini ke Los Angeles untuk satu sesi penggambaran selepas mendapat khabar mengenai minatnya untuk melakukan kemunculan sulung dalam majalah laris itu.
Usahawan berumur 87 tahun itu percaya Helen mempunyai semua sifat-sifat untuk menjadi gadis muka depan Playboy selepas bertemu dengannya di LA pada bulan lepas.
Menurut seorang sumber, "Mereka (Playboy) mendapat berita yang Helen amat berminat. Namun begitu, mereka berurusan dengan ramai gadis setiap tahun dan Helen dipercayai tidak jauh lebih istimewa." "Tetapi semua itu berubah selepas Hugh mula meminatinya secara peribadi.
Beliau amat mengidami gadis-gadis daripada Britain dan telah berkata bahawa paras rupa Helen amat menakjubkan.
Hugh bertekad untuk menjadikan impian Helen satu kenyataan." Helen, yang dilaporkan masih kecewa mengenai perpisahannya daripada pemain sayap West Brom, Scott Sinclair, kelihatan berazam untuk membuktikan bahawa dia seorang wanita berdikari.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts