translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

CHELSEA KURANG BERNASIB BAIK

Mourinho


PENGENDALI Chelsea, Jose Mourinho menganggap kekalahan 1-2 kepada Sunderland dalam saingan suku akhir Piala Liga, awal pagi semalam bukan disebabkan anak buahnya tidak beraksi dengan bagus.
Sebaliknya, bekas pengendali Real Madrid itu memberitahu, kekuatan lawan yang lebih hebat daripada mereka memberi kesukaran buat The Blues untuk meraih kemenangan.
Mourinho menjelaskan, anak buahnya mempamerkan semangat juang yang tinggi, menguasai bola dan mendapat peluang yang baik untuk meraih jaringan.
“Tetapi ia tidak memadai kerana keputusan akhir adalah penentunya. Siapa yang jaringkan gol terakhir mereka akan menang dan apa yang terjadi sama seperti ketika pertemuan menentang Stoke City dan Everton, di mana kami tewas dalam perlawanan tersebut," katanya.
Tidak mahu terjejas dengan kekalahan itu, Mourinho berkata, tumpuannya selepas ini adalah pertemuan menentang Arsenal, Selasa depan, dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Kami akan cuba menang menentang Arsenal. Cuma yang perlu kami lakukan bukan sahaja menguasai perlawanan, tapi perlu lebih agresif meledak gol dan cara menyekat asakan lawan,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts