translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

SKUAD HOKI NEGARA ENGGAN TOLAK ANSUR

su 04.1 Gambar & Video Hoki MALAYSIA vs PAKISTAN  Sukan Asia 2010

Anak buah Tai Beng Hai terus melangkah penuh yakin ke final apabila skuad hoki lelaki negara garang menundukkan Singapura, 6-0 pada perlawanan ketiga di Stadium Theinphyu, semalam selepas mengetepikan cabaran Vietnam dan Thailand.
Namun, belum pun saingan berakhir, ada pula suara menyifatkan kehadiran Malaysia sebagai satu kuasa hoki, hanya untuk membelasah pasukan kerdil di Sukan SEA.
Jaringan besar 13-0 terhadap Vietnam dan Thailand sebelum ini selain jaringan luar biasa pasukan hoki wanita yang mengaibkan Kemboja 36-0 membuatkan andaian itu semakin kukuh. Mungkin ada yang berpendapat lain, jika kita tidak menang besar tetapi lawan pula menang besar, ia akan menimbulkan persoalan, adakah kita bermain bersungguh-sungguh atau tidak,” kata Beng Hai mengulas perkara itu.
Bagi saya lebih baik bermain bersungguh-sungguh. Mengenai isu jaringan, saya pernah katakan kita tidak perlu mengejar jaringan hingga melupakan matlamat sebenar.” Apapun, beliau mengaku matlamat pertama mereka sudah tercapai. Itu memang matlamat kami tetapi masih ada satu perlawanan dan berharap pemain tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Bagi kapten pasukan, Mohd Shahrun Nabil Abdullah, meskipun meraih kemenangan besar, ia tidak bermakna mereka memandang mudah pasukan lawan tetapi tetap menunjukkan standard sebenar. Keseluruhan, pemain bermain dengan baik dan kita cuba menang semua perlawanan dan tidak turun dengan semangat 50-50.
Bagi kami, ia bukan soal wajar atau tidak, bukan kami datang untuk membelasah orang tetapi itulah standard kami.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts