translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Kelantan masih terkial-kial bentuk pasukan baharu

Kelantan FA

Walaupun kejohanan Liga Malaysia 2014 akan bermula tidak lama, Kelantan masih terkial-kial untuk mengenal pasti 11 pemain terbaik yang akan membentuk The Red Warriors.
Dalam perlawanan persahabatan pramusim di Pulau Pinang dan Perak baru-baru ini, pasukan bimbingan Steve Darby itu kalah dalam kesemua empat perlawanan. Pasukan itu seri 1-1 dengan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan kalah 0-2 kepada Pulau Pinang, 1-4 kepada Perak dan 0-3 kepada Kedah.
Mengulas prestasi pasukan itu berdasarkan perlawanan berkenan, Darby berkata strateginya sekarang ialah menguji pemain baharu dan lama serta pemain luar.
Kata jurulatih berusia 59 tahun ini, beliau akan memantapkan lagi komponen latihan, terutama berkaitan kecergasan pemain bagi mengelak kecederaan yang mungkin berlaku dalam beberapa perlawanan pramusim selepas ini. “Sekarang, kami beri tumpuan kepada kemantapan latihan kekuatan kerana hanya mereka yang kuat sahaja boleh bermain bola sepak.
Kalau seseorang itu kuat, kemungkinan mengalami kecederaan adalah kurang dan untuk tempoh 10 hari akan datang, latihan diadakan dua kali sehari. “Kami akan cuba adakan perlawanan untuk melihat siapa yang dapat bermain dalam tiga perlawanan terus menerus. Atlet terbaik akan dapat melepasinya," kata beliau.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts