translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

City dilanda kecederaan pemain

Kem City dilanda kecederaan pemain

MASALAH kecederaan kini menghantui Manchester City di mana seorang lagi pemain mereka, Pablo Zabaleta (gambar) mengalami kecederaan selepas meraih kemenangan menumpaskan Leicester City, 3-1, dalam saingan suku akhir Piala Liga, awal pagi semalam.
Sebelum ini, penyerang lincah mereka, Sergio Aguero direhatkan selama lapan minggu selepas berakhirnya pertemuan menentang Arsenal, Sabtu lalu.
Kecederaan Zabaleta itu sedikit sebanyak menggusarkan hati pengendali The Citizens, Manuel Pellegrini kerana Micah Richards yang bermain di posisi pertahanan kanan juga mengalami kecederaan hamstring. “Sesuatu yang merugikan jika kecederaan hamstringnya serius.
Kita akan lihat laporan perubatannya esok (hari ini),” kata Pellegrini. Dalam perlawanan tersebut, Aleksandar Kolarov meletakkan City di hadapan sebelum dua jaringan Edin Dzeko menambah derita tuan rumah. “Kami tetap memperoleh kemenangan walaupun menempuhi perlawanan yang sukar minggu ini,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts