translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Shila bakal kembara ke Eropah


DALAM kesibukannya mengatur karier seni, Shila tetap tidak terlepas daripada dihimpit gosip dan kontroversi, lebih-lebih lagi soal cinta.
Sementelah hubungannya dengan dua jejaka sebelum ini, kecundang di tengah jalan dan hanya mengundang persepsi negatif terhadap dirinya.
Tidak mudah melatah, kali ini Shila lebih matang dan bersikap terbuka menghadapinya. Akui lebih berhati-hati, kata Shila, soal jodoh bukan lagi keutamaan dalam hidupnya kini. “Saya akan lebih berhati-hati dalam memilih kawan. Kalau boleh, saya cuba elak segala benda yang boleh menimbulkan prasangka termasuklah hadkan pergaulan dengan kawan-kawan.
Semua ini adalah asam garam dalam kehidupan artis. Orang akan kata kita buat walaupun kita tak buat. "Sekarang, saya akan cuba mempelajari untuk mengenal semua kawan-kawan. Tidak mahu perkara yang sama berulang.
Saya juga tidak mahu orang sengaja mengambil kesempatan di atas kebaikan yang saya tunjukkan. "Sejujurnya, saya sangat kecewa, apabila saya bersangka baik dengan orang, melayan orang dengan cara yang paling baik, namun orang mengkhianati saya.
Apa pun, fokus utama saya adalah karier dan tidak terfikir untuk mencari kekasih,” katanya. Mengakui hatinya masih tertutup untuk mana-mana lelaki, Shila bagaimanapun tidak menolak untuk menerima jejaka yang benar-benar ikhlas dengannya. “Bukan mudah untuk orang cuba masuk dalam hati saya dan sebolehnya saya tak mahu dipermainkan lagi,” katanya yang pernah dikaitkan dengan Sharnaaz Ahmad dan Johan As'ari.

Tak mungkin seperti dulu 
Ditanya mengenai hubungannya dengan Johan, kata Shila, dia tidak akan semudahnya menerima Johan seperti dulu lagi. Jelas Shila, apa yang berlaku biarlah berlalu. Baginya ada hikmah yang lebih baik untuk dirinya dan juga Johan. “Saya tidak ada sebarang masalah dengannya.
Saya doakan kebahagiaan buat dia. “Namun untuk saya berkawan semula dengannya seperti dulu, itu tidak mungkin. Saya ada alasan sendiri mengapa saya menjauhkan diri. “Yang penting sekarang, saya sudah bahagia bersama keluarga, rakan-rakan dan kerjaya saya,” katanya.
Menyedari kisah cintanya hanya banyak melemparkan pandangan negatif terhadap dirinya, Shila berkata, dia sebolehnya tidak mahu mengambil
pusing situasi itu. “Saya tidak kisah dengan cakap-cakap orang. Apa yang orang nak cakap mengenai saya, tidak berpuas hati dengan saya, biarkan. "Saya tahu apa yang saya buat. Dan sehingga kini saya sangat menjaga nilai moral dan nama baik keluarga," katanya.

Album dapat sambutan 
Shila yang kini berada di Kuala Lumpur sehingga 21 Disember ini bagi mempromosikan mini albumnya berkata, dia akan melakukan beberapa perkara sebelum pulang ke Shanghai. “Saya akan pastikan perkara yang berkaitan dengan promosi album dan muzik video selesai dengan baik, barulah saya akan berfikir tentang perancangan di Shanghai,” katanya.
Ditanya mengenai sambutan album barunya, Shila mengakui sambutan albumnya sangat memberangsangkan, malah video muziknya juga turut menerima tontonan yang tinggi di YouTube. “Alhamdulillah, album yang mengandungi lima lagu baru, antaranya Masih Aku Cinta, Cinta Hati dan lagu Patah Seribu dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Mandarin ini mendapat sambutan ramai dan rata-rata menyukai nyanyian saya. “Apa yang lebih mengejutkan, dalam 10 hari muzik video saya telah ditonton oleh 200 ribu pelayar di internet,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts