translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Di Sebalik Mas Kahwin 'Membimbing Ke Jalan Yang Diredhai Allah' Wan Maimunah

wan 1

Pelakon Wan Maimunah telah selamat diijabkabulkan bersama seorang usahawan, Makpol Saimon, 53, dengan mas kahwin membimbing ke jalan yang diredhai Allah di Tropical Inn, Johor bahru kira-kira jam 8.20 malam.
wan 7
Pasangan ini selamat dinikahkan dengan sekali lafaz oleh Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Johor, Makhadzir Abdan dengan berwalikan adik pengantin perempuan, Wan Hamzah.
Wan Maimunah yang tidak dapat menahan sejurus selesai lafaz akad nikah menerima sebentuk cincin dan seutas gelang bagi upacara membatalkan air sembahyang. “Ibu bersyukur kerana di usia begini masih ada yang sudi menjadi teman hidup untuk ibu menumpang kasih.
Ibu juga tidak mengharapkan wang ringgit dan harta dunia kerana ia tidak akan kekal. “Diberi wang berpuluh ribu sekalipun ia akan pupus, tetapi tunjuk ajar ke jalan Allah itu akan kekal hingga ke akhir hayat.
Ibu juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan ibu bersama suami,” ujar Wan yang menjelaskan kisah disebalik mas kahwinnya.
Dalam pada itu, Makpol tidak menghalang Wan Maimunah itu untuk terus aktif dalam bidang seni malah menyerahkan kepada isterinya itu untuk membuat pilihan.

wan 5

wan 4

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts