translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Cyrus-Bieber bercinta?

Cyrus-Bieber bercinta?

UMUM mengetahui, hubungan cinta pasangan selebriti Miley Cyrus dan Liam Hemsworth kecundang sejak September lalu. Kecurangan Hemsworth membuatkan Cyrus, 21, patah hati dan cuba meneruskan hidup dengan cara yang tersendiri, jauh lebih berbeza dengan imej sebelum ini.
Namun, sejak akhir-akhir ini, bintang Disney ini sering dikaitkan dengan penyanyi remaja, Justin Bieber. Malah, ramai dalam kalangan peminat mereka berdua merestui hubungan itu dan menganggap ia seperti melengkapkan kehidupan mereka yang sebelum ini dilihat terumbang-ambing.
Tidak terhenti di situ, tindakan Bieber yang turut menghasilkan grafiti wanita mirip Cyrus di lantai papan luncur di halaman rumahnya, Clabasas, California, juga turut menjadi tanda tanya. Walaupun grafiti itu tidak jelas, namun ramai yang dapat meneka ia adalah Cyrus menerusi bibirnya yang merah, mata berwarna biru dengan lidah yang terjelir.
Namun, Cyrus menganggap ia hanyalah gurauan Bieber dan dilihat seperti ingin membalas tindakan pelantun lagu, The Climb itu terhadapnya. Sebelum ini, Cyrus membuat video parody, Tati Neves dengan merakam Bieber yang tengah tidur.
Malah, Cyrus juga pernah memakai baju yang mempunyai gambar Bieber yang sedang menghisap ganja. “Saya amat prihatin dengannya (Bieber). Umur kami tidak jauh berbeza, namun bukan bermakna saya ingin menjadi mentor kepadanya. “Tapi, saya memang mengajarnya dalam beberapa cara kerana sebelum ini saya pernah melakukan hal yang bodoh sepertinya. “Namun, apa yang saya lihat, dia masih belum ingin berubah dan masih berada dalam kebodohan sendiri,” katanya yang menafikan hubungan istimewa bersama Bieber.

Lebih bebas!
Mula menjalani kehidupan sendiri tanpa kehadiran kekasih di sisi sejak beberapa bulan lalu, ia tidak pernah menjadi masalah besar buat Cyrus.
Malah, akui Cyrus, selepas putus tunang bersama Hemsworth, dia merasa lebih bebas dan tidak pernah merasai kehidupan seperti ini. “Saya bertunang pada usia 19 tahun, di mana ketika itu saya merasa takut untuk bersendirian. “Saya selesa memakai cincin pertunangan itu kerana beranggapan dunia tanpa teman tidak seindah berbanding itu.
Namun, saya silap, usia itu adalah saat di mana jiwa saya menuntut kebebasan. “Pada masa sama, saya tidak selesa dengan hubungan ini apabila ia dilihat menyekat kebebasan dan saya tidak mampu menjadi diri sendiri,’ kata pelantun lagu, Wrecking Ball, ini.
Cyrus dan Hemsworth bertunang pada 2011 dan pada tahun lalu, Hemsworth telah melakukan kecurangan secara terang-terangan ketika menghadiri majlis anugerah. Belajar dari pengalaman lalu Bakal menginjak usia 22 tahun, namun Cyrus masih belum terfikir mencari pengganti kepada cinta lalu. Malah, Cyrus lebih selesa meneruskan kehidupan sendiri dan menjalani kehidupan tanpa sekatan daripada mana-mana lelaki.
Namun, tidak bermakna Cyrus tidak mempunyai keinginan berkahwin dan memiliki keluarga sendiri. “Buat masa terdekat ini, saya tidak mahu memikirkan perkara ini lagi. Biarlah masa yang ada digunakan untuk diri sendiri dan mengukuhkan karier.
Pengalaman lalu banyak mengajar saya erti kehidupan,” katanya yang baharu sahaja menerima anugerah, Artist of the Year 2013 versi MTV.

Kontroversi lagi!
Walaupun sebelum ini, Cyrus berjanji untuk tidak menimbulkan kontroversi lagi, namun bintang ini sememangnya tidak pernah berhenti dari mencipta berita-berita sensasi.
Baru-baru ini, Cyrus memuat naik gambar dirinya yang dilihat menyelak baju sehingga menampakkan bahagian payudaranya di laman sosial, Twitter.
Menerusi gambar itu, Cyrus menutup bahagian sulitnya itu dengan perkataan, Merry Christmas dan menulis, ‘Selamat Natal, terima kasih New York kerana menjadi satu daripada negara yang menyokong Free the Nipple’.
Cyrus mengakui, dia bukan sengaja mencipta kontroversi, namun, ia bertujuan mengangkat hak persamaan antara wanita dan lelaki. “Di Amerika Syarikat (AS), filem yang mengangkat tema wanita telanjang sememangnya diharamkan.
Namun, New York memutuskan untuk membenarkan penayangan filem itu pada 1992. “Ini bukan sekadar mempamerkan payudara, namun ia adalah mengenai persamaan hak,” jelas Cyrus lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

oliananaim said...

The Casino - Dr.MCD
Welcome 상주 출장안마 to the M&L Casino, one of the top casinos in the 보령 출장안마 world. With over 4000 games 익산 출장마사지 and hundreds of jackpots, Dr.MCD is 화성 출장샵 the #1 provider 김해 출장샵 of

Unknown said...

joya shoes 549f1hajnh217 afslappet,STØVLER,STÖVLAR,csizma,botas,gewoontjes,camminando,mode baskets,gehen,stiefel joya shoes 110j3jaluh256

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts