translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

INDONESIA MAHU BALAS DENDAM PADA MALAYSIA

Fakta Lengkap Pertemuan Timnas vs Myanmar: Ayo! Indonesia Bisa

Dendam kecundang 2011 di bumi sendiri ingin dilunaskan Indonesia pada pertemuan separuh akhir hari ini. Jurulatih Indonesia Rahmad Darmawan dan anak buahnya hadir ke Nay Pyi Taw dari Yangon dengan moral tinggi selepas menyingkirkan tuan rumah Myanmar.
Mungkin sudah takdir dua finalis 2011 bertemu di separuh akhir. Tapi yang pasti, moral pemain cukup tinggi selepas menyingkirkan Myanmar,” katanya yang turut mengendalikan Garuda Muda di final dua tahun lalu. Hadir menyaksikan kemenangan 2-1 Malaysia mengatasi Vietnam malam kelmarin, pengendali berusia 47 tahun itu memandang tinggi kemampuan anak buah Datuk Ong Kim Swee.
Malaysia sama sekali tidak berubah seperti muncul juara dua tahun lalu. Mereka cukup kuat, barisan pertahanan tersusun serta mampu melakukan serangan balas pantas.
Namun sebelum perlawanan, peluang kedua-dua pasukan 50-50 dan saya tetap yakin Indonesia mampu melangkah ke final,” katanya. Kebimbangan Rahmad turut berkisar kepada barisan pemain Malaysia mempunyai ketinggian seperti Izzaq Faris Ramlan.
Malaysia sudah lama dikumpulkan sebagai satu pasukan sedangkan kami hanya dua bulan sebelum datang ke sini,” katanya. Bagaimanapun Indonesia tetap dianggap hebat apabila membariskan enam pemain skuad naib juara Sukan SEA 2011 iaitu Egi Melgiansyah, Diego Michiels, Ramdani Lestaluhu, Andik Vermansyah serta dua penjaga gol Kurnia Mega Hermansyah dan Andritany Ardhiyasa.
Bagaimanapun Kurnia yang juga kapten dan penjaga gol utama masih belum pasti diturunkan kerana kecederaan tendon Achilles ketika menentang Timor Leste, Sabtu lalu selain pemain tengah Dedi Kusnadar yang digantung satu perlawanan akibat kad kuning.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts