translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

PELUMBA NEGARA:-MOHD ZAMRI SALEH KECEWA DAN TERKILAN


Pelumba negara Mohd Zamri Saleh kecewa dijadikan ‘penumpang’ di Sukan SEA Myanmar oleh individu tertentu dalam Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).
Walaupun dibawa ke Nay Pyi Taw, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu tidak tersenarai dalam barisan pelumba yang bersaing dalam acara lepas beramai-ramai lelaki yang menawarkan dua pingat emas semalam.
Difahamkan hanya nama enam pelumba dihantar kepada jawantankuasa penganjur walaupun tujuh nama dibenarkan menyebabkan Zamri langsung tidak boleh beraksi walaupun pada awalnya disenaraikan PKBM untuk acara itu.
Nama Zamri sebaliknya digantikan Mohd Rauf Nur Misbah, pelumba yang tidak disenaraikan dalam acara itu tetapi meraih gangsa dalam acara ujian masa berpasukan lelaki beberapa hari lalu. Saya tidak pasti kenapa tidak disenaraikan, saya difahamkan nama saya tidak dihantar semasa mesyuarat pengurus pasukan beberapa hari lalu.
Memang saya demam apabila tiba di sini pada Khamis lalu namun sudah pulih sepenuhnya. Saya hanya mendapat tahu tidak disenaraikan semalam (kelmarin). Malah saya turut mengikuti latihan skuad negara di sini. Kalau saya tidak mampu melakukannya buat apa saya berkayuh empat atau lima jam di sini bersama pelumba lain,” kata pelumba berusia 30 tahun dari Terengganu itu.
Difahamkan barisan pelumba yang lain turut bercadang memboikot perlumbaan 130 kilometer semasa perjumpaan bersama Presiden PKBM Datuk Abu Samah Wahab malam kelmarin kerana tidak puas hati dengan perkembangan itu namun membatalkannya selepas perbincangan lanjut.
Kudrat pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2009 itu sememangya ditagih jurulatih Aminuddin Sulaiman yang jelas turut terkilan dengan kesulitan yang timbul itu.
Saya terkilan kerana sudah membuat persiapan rapi. Malah saya tinggalkan anak sulung saya yang baru berusia 24 hari demi negara,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts