translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

BAGAI DAPAT KUASA LUAR BIASA:-WARGA EMAS SELAMATKAN SUAMI DARI RUMAH TERBAKAR


KLUANG: Seorang warga emas, Misnah Tabri, 72, bagaikan mendapat kuasa luar biasa dengan mendukung suaminya, Harun Badar, 78, yang kudung kaki kiri keluar dari rumah mereka yang terbakar di Kampung Haji Noor, Simpang Renggam di sini, jam 11.15 malam semalam.
Ketika kejadian, pasangan warga emas itu tinggal berdua di rumah berkenaan selepas anak bongsu mereka, Fauzi, 38, pergi ke Johor Bahru kerana ada tugasan luar. 
Menurut anak ketiga daripada empat anak pasangan berkenaan, Nizam, 48, ibunya terdengar jeritan jiran mengatakan bahagian ruang tamu rumah mereka terbakar. 

"Api mula merebak ke bilik tidur mereka. Ibu kemudiannya menggagahkan diri mendukung bapa keluar dari rumah melalui dapur sebelum berlindung di rumah jiran.

"Api merebak dengan pantas dan kira-kira 10 minit kemudian, kediaman berkenaan hampir hangus. Mereka bertiga turut tinggal sehelai sepinggang," katanya.

"Kerugian dianggarkan kira-kira RM50,000. Bagaimanapun, kami bersyukur kerana ibu bapa terselamat dalam kejadian ini," katanya. 

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Renggam Mohamad Adam berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran pada jam 11.17 malam. 

"Kami tiba di lokasi kejadian setengah jam kemudian dan ketika itu, 90 peratus daripada rumah berkenaan sudah hangus. 

"Api berjaya dikawal dalam masa 10 minit dan dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian. Punca kebakaran masih disiasat," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts