translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

United tak gentar Suarez


 Kehadiran semula Luis Suarez menyuntik semangat Liverpool yang berkunjung ke Manchester United bagi aksi Piala Liga awal pagi esok sekali gus cuba menambah derita pasukan itu yang mengalami kekalahan dengan musuh setempat minggu lalu.
Kekalahan 1-4 di tangan Manchester City melengkapkan permulaan terburuk United dalam tempoh sembilan tahun sekali gus menuntut perancangan terbaru daripada pengurus David Moyes.

Sejak mengambil alih tugas Alex Ferguson, Moyes menyaksikan anak buahnya tumpas kepada Liverpool dan City serta seri 0-0 dengan Chelsea yang menyebabkan juara bertahan itu ketinggalan lima mata dengan pasukan di tangga teratas Liga Perdana.
Satu lagi kekalahan kepada musuh tradisi Liverpool akan menambahkan lagi keraguan mengenai kemampuan pengurus baru itu namun penyerang Wayne Rooney (gambar) percaya perlawanan awal pagi esok adalah masa terbaik buat mereka mencipta kebangkitan.

“Kami semua sedar, sama ada di Manchester, Liverpool atau di tempat lain memang ada pertembungan jiran setempat,” kata Rooney.

“Ia sesuatu yang mengecewakan apabila kalah. Saya pernah menjadi penyokong dan sekarang pemain. Nasib baik kami mempunyai satu lagi perlawanan penting menentang Liverpool.
“Ia perlawanan terbaik untuk kami. Apa saja perlawanan menentang Liverpool sama ada persahabatan, Piala Liga atau Liga Perdana sangat penting.

“Kami perlu berusaha untuk meraih kemenangan jadi kami boleh melupakan kekalahan ini.” Rooney tampak sudah kembali fokus selepas berdepan masalah pada hujung musim lalu apabila meledak empat gol dalam tiga perlawanan terakhir manakala Liverpool pula berharap Suarez akan melupakan insiden penggantungan yang dialami sebelum ini.
Bintang Uruguay itu akan turun beraksi dalam perlawanan rasmi pertama kelab itu sejak 21 April lalu selepas menjalani penggantungan 10 perlawanan kerana menggigit lengan pertahanan Chelsea Branislav Ivanovic musim lalu.

Perlawanan lain awal pagi esok menyaksikan Arsenal berkunjung ke West Brom selepas menang 3-1 ke atas Stoke City yang membolehkan skuad kendalian Arsene Wenger itu merampas tangga teratas Liga Perdana.

Juara bertahan Swansea yang mengalahkan Bradford pada final musim lalu, akan bertandang ke Birmingham manakala Newcastle melayan kunjungan Leeds. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts