translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Lelaki mengaku cedera adik tukar pengakuan


Seorang lelaki bermain tarik tali di Mahkamah Majistret di sini, semalam, apabila menukar pengakuannya selepas pertuduhan mencederakan adiknya dibacakan.
Tertuduh, Abdul Khalil Razak, 26, dari Kampung Jeram Hulu, Tepoh, di sini, pada mulanya mengaku bersalah menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas melihat barang kes yang ditunjukkan kepadanya.

Mengikut pertuduhan, Abdul Khalil didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Ibrahim Helmi Razak, 24, dengan memukul mangsa menggunakan penyapu dan besi penyedut hampa gas di sebuah rumah di Kampung Jati, Gong Badak, di sini jam 4 petang pada 16 September lalu.
Bagi kesalahan itu, Abdul Khalil yang didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau antara dua daripada hukuman berkenaan jika sabit kesalahan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts