translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Mata perlu ikut jejak langkah Ronaldo


Penolong jurulatih Chelsea Steve Holland menggesa Juan Mata supaya mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo dan meningkatkan kemahirannya di bawah kendalian Jose Mourinho bagi merebut kembali tempat dalam pasukan.
Pemain tengah Sepanyol itu yang dipilih sebagai pemain terbaik kelab bagi dua musim berturut-turut, jarang diturunkan oleh Mourinho namun Holland menganggap Mata mampu memperbaiki permainannya bagi menyesuaikan dengan strategi pengurus baru itu.

“Ronaldo pemain yang saya kagumi tapi dalam tempoh tiga tahun dia di bawah bimbingan Jose, dia banyak mempamerkan peningkatan,” kata Holland.
“Dia bukan saja hebat menggelecek tapi boleh menjaringkan gol, boleh memberikan kemenangan kepada pasukan dan sering mencipta peluang untuk menghasilkan gol,” jelasnya.

“Jose selalu mengarahkan pemain beraksi di tahap maksimum setiap hari dan hasilnya bukan saja kepada pasukan malah individu yang bekerja dengannya.” Holland yang bekerja di Chelsea di bawah kendalian Carlo Ancelotti, Andre Villas-Boas dan Rafael Benitez menyedari Mourinho membentuk pemain mengikut kesesuaian taktikal.

Peluang Mata terhad kerana bagi Mourinho pemain Sepanyol itu lemah ketika bertahan selepas Chelsea tumpas kepada Basel dalam perlawanan Liga Juara-Juara.
“Jose tahu apa yang beliau mahukan. Beliau tahu resipi sesuatu kejayaan dan beliau berasa inilah caranya untuk membawa kejayaan kepada kami tahun ini,” ujar Holland.

“Ia bukan sesuatu yang baru bagi pemain menyesuaikan diri.” 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts