translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Pengurus Liverpool:-Tidak sabar menanti kepulangan semula Luis Suarez


Liverpool, England: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mengakui beliau tidak sabar menanti kepulangan semula Luis Suarez selepas rekod tanpa kalah pasukannya dalam Liga Perdana Inggeris musnah berikutan kekalahan 0-1 di tangan Southampton.
Dejan Lovren menjaringkan gol tunggal buat Southampton pada babak kedua di Anfield kelmarin dan sekalipun menguasai perlawanan, Liverpool gagal bangkit menyamakan kedudukan.

Tanpa kehadiran perancang utama Brazil, Philippe Coutinho yang mengalami kecederaan bahu, Liverpool bergelut untuk memecah benteng kebal Southampton.
Bagaimanapun, Rodgers tidak bimbang kerana beliau percaya kepulangan penyerang kontroversi Uruguay, Suarez daripada penggantungan akan menyelesaikan masalah kurang sengat di bahagian serangan Reds.

Suarez, yang cuba berpindah ke Arsenal ketika pramusim sebelum terpaksa kekal, kini sudah menjalani penggantungan 10 perlawanan kerana menggigit lengan pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic musim lalu dan dijangka turun bagi perlawanan pusingan ketiga Piala Liga menentang Manchester United awal pagi Khamis ini.

“Saya fikir ia satu tanda positif, hakikat dia kini kembali, penggantungan berakhir dan dia boleh diturunkan bermula minggu ini,” kata Rodgers.
“Kadang kala dalam perlawanan sebegini pemain seperti Luis mampu mengubah suasana. Memang bagus mendapat khidmatnya kembali.

“Pastinya dia tidak akan cergas 100 peratus apatah lagi berdepan perlawanan piala yang sukar seperti ini.
“Tapi dia seorang pekerja dan pejuang dan keadaannya bagus. Dia hanya memerlukan aksi perlawanan untuk kembali mengancam.” Ketika Suarez akan memperkasa serangan Liverpool, Rodgers agak kecewa dengan cara pasukannya melepaskan gol kepada pasukan lawan sekalipun beliau meletakkan empat pertahanan tengah di benteng terakhir menentang Saints.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts