translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

‘Tak boleh ada silap’


London: Manchester United dan Manchester City melangkah ke pertemuan setempat buat kali ke-166 malam ini, menyedari kekalahan buat mana-mana pasukan akan menyebabkan mereka semakin jauh daripada buruan gelaran Liga Perdana Inggeris.
Biarpun baru empat perlawanan dilalui mereka musim ini tetapi kedua-dua pasukan sudah pun kehilangan mata di mana United seri dengan Chelsea dan tewas kepada Liverpool manakala City seri di Stoke City dan tewas kepada Cardiff City.
Kedua-dua pasukan mengekori Liverpool yang mendahului dengan tiga mata dan jika skuad Brendan Rodgers terus gah di Southampton dan salah satu daripada pasukan terbabit kalah dalam perlawanan itu, mereka bakal ketinggalan enam mata.

Pengurus United, David Moyes dan rakan sejawatannya di City, Manuel Pellegrini akan merasai perlawanan setempat buat pertama kali tetapi Moyes boleh sekurang-kurangnya mempunyai rekod yang lebih baik berbanding City kebelakangan ini.
Foto

Dalam enam musim terakhir selaku pengurus Everton, jurulatih kelahiran Scotland itu menerajui kemenangan terhadap City dalam sembilan daripada 12 perlawanan, termasuk empat kemenangan berturut-turut dari 2009 hingga 2011.

“Kami berdepan permulaan paling mencabar berbanding pasukan hebat yang lain di Liga Perdana Inggeris jadi kami perlu memastikan dapat mengutip lebih banyak mata selepas ini.

“Selepas perlawanan menentang City, kami akan berdepan dua atau tiga pencabar utama dan mereka mungkin akan menentang satu sama lain selepas ini.”

United mempamerkan aksi cemerlang dengan menewaskan Bayer Leverkusen 4-2 di Old Trafford baru-baru ini untuk mendahului Kumpulan A Liga Juara-Juara.

Moyes juga mencabar Wayne Rooney untuk menjadi lebih baik selepas menjadi pemain keempat menjaringkan 200 gol buat United dengan menyumbang dua gol ke atas Leverkusen.

Kedua-dua pasukan melangkah ke perlawanan malam ini dengan berkongsi mata tetapi Pellegrini berkata beliau tidak mahu terlalu memberi tumpuan terhadap prestasi United di awal musim.

“Bukan tugas saya untuk menganalisa bagaimana permulaan mereka. Mereka pasukan yang bagus dan David Moyes adalah pengurus yang bagus,” katanya.

“Saya fikir mereka mempunyai ramai pemain hebat. Rooney adalah salah seorang daripada mereka tetapi kita tidak hanya perlu memberi perhatian kepada Rooney semata-mata tetapi juga pemain hebat yang mereka miliki.” 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts