translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Webber anggap teguran ‘melucukan’


Pemandu Australia, Mark Webber menyifatkan teguran diterimanya kerana menumpang kereta Ferrari dipandu Fernando Alonso selepas perlumbaan malam Grand Prix Singapura sebagai “melucukan”.
Teguran terhadap pemandu Red Bull itu dan Alonso menjadi topik hangat sejak kelmarin dengan Webber turut dikenakan penalti 10 petak pada permulaan bagi perlumbaan Grand Prix Korea minggu depan berikutan dua kesalahan terdahulu.

Webber memberitahu 765,000 peminatnya di Twitter semalam dua pemandu itu “menerima teguran kerana tindakan kami selepas perlumbaan itu sesuatu yang amat melucukan. Ia saat hebat dan peminat sukakannya.
“Berbeza dengan laporan, tiada interaksi langsung dengan mana-mana pegawai litar selepas kami memadamkan api.” Pemandu Australia itu berhenti pada pusingan terakhir di litar jalanan Teluk Marina selepas keretanya kekeringan air dan enjin terbakar.

Dia kemudiannya berlari ke litar dan melambai kepada Alonso sebelum menumpang pemandu Ferrari itu kembali ke pit.

Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton, seorang daripada pemandu yang mengelak daripada melanggar Webber berkata dia terkejut apabila tiba di selekoh itu.
“Jika Mark melintas litar ketika saya di situ saya mungkin terlanggarnya,” kata juara dunia 2008 itu.

Derek Warwick dari Britain, bekas pemandu Grand Prix yang menjadi antara steward di Singapura berkata, teguran itu wajar kerana bahaya yang mungkin tercetus. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts