translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

‘Pemain gagal manfaat peluang’


Seremban: “Memang saya kecewa kerana kejayaan sudah hampir berada dalam genggaman tapi pemain gagal memanfaatkannya dan kita kena terima hakikat impian mara ke suku akhir musim ini berkecai,” kata jurulatih Negeri Sembilan Riduan Abu Shah.
Beliau meluahkan kekecewaannya susulan skuad bimbingannya sekadar seri 2-2 dengan Terengganu dalam aksi terakhir Kumpulan C Piala Malaysia, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam kelmarin.

Ridzuan berkata, kegagalan anak buahnya menyambar peluang membawa pasukan ke suku akhir selepas mendahului 2-1, hasil jaringan Leandro Barbosa Fabio pada minit ke-19 dan Mohd Nazrin Nawi m-70 membuatkan mereka terpaksa menggigit jari apabila Mohd Asaari Shamsudin menyamakan kedudukan m-87.
“Memang terdapat penurunan persembahan dalam dua perlawanan terakhir ini berbanding ketika menewaskan Terengganu dan Kelantan di tempat lawan,” katanya.

Beliau berkata, kekalahan itu menandakan berakhirnya tugas beliau musim ini sebagai pemangku jurulatih menggantikan pengendali dari Portugal yang disingkirkan, Divaldo Alves.

“Bagaimanapun saya masih mempunyai kontrak dengan PBNS hingga hujung tahun depan dan menyerahkan sepenuhnya kepada persatuan menentukan nasib saya,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts