translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Piala Sultan Johor:- Muhd Shahril Saabah meledak meraih kemenagan


Skuad hoki remaja negara bermula garang pada saingan Piala Sultan Johor selepas mencatat kemenangan 4-2 ke atas Argentina dengan pemain tengah Muhd Shahril Saabah meledak hatrik di Stadium Hoki Taman Daya, semalam.
“Kredit wajar diberikan kepada Muhd Shahril kerana ternyata dimelaksanakan tugas dengan baik seperti yang kami mahukan.

“Apapun, ini barulah kemenangan pertama dan banyak lagi perlawanan yang perlu kami harungi. Sudah pasti tiga mata penuh mahu diraih apabila bertemu Korea esok (hari ini),” kata ketua jurulatih Muhammad Dharma Raj Abdullah.
Skuad remaja negara tidak menunggu lama untuk di depan apabila Muhd Shahril menyermpunakan pukulan sudut penalti pada minit ke-7.

Argentina bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan selepas bola terkena kayu Kavin Kartik sebelum masuk ke gawang m-18.

Skuad negara sekali lagi di depan m-23 selepas dihadiahkan pukulan sudut penalti.
Foto
PEMAIN negara, Govindasam Kavin Kartik (kiri) mematahkan serangan Paz Diego Ignacio dari Argentina, semalam.
Muhd Shahril tenang menolak masuk hantaran Faiz Helmi Jali yang sebelum itu gagal menolak masuk bola dengan kemas.

Bersambung babak kedua, Muhd Shahril sekali lagi bijak mencari ruang dalam kawasan D apabila tenang menolak masuk bola menerusi pukulan sudut penalti m-38.
Tiga gol yang dijaringkan tidak mengendurkan asakan skuad negara ke atas kubu lawan, sebaliknya Muhd Rashid Baharom menghadiahkan gol keempat m-48.

Argentina tidak mudah mengalah apabila berjaya memperoleh gol kedua menerusi Carlos Isidoro Ibarra m-64.

Sementara itu Korea Selatan tewas 0-3 kepada Pakistan, manakala India yang bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia Remaja Disember ini menewaskan England 2-1.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts