translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Keluarga hubungi polis minta anak diberkas


Chukai: Muslihat dua lelaki berusia 36 dan 47 tahun menjadikan lori sebagai lokasi bagi melepaskan gian dadah gagal mengaburi mata polis apabila mereka diserbu pihak berkuasa di Taman Samudera, Binjai, di sini, awal pagi semalam.
Serbuan pada jam 1.30 pagi itu dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman diketuai Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah berdasarkan maklumat keluarga lelaki berusia 47 tahun itu.

“Keluarga lelaki terbabit yang tinggal di taman berkenaan menghubungi polis meminta anaknya yang masih bujang diberkas kerana bimbang dengan tindakannya yang dikatakan mengancam keselamatan keluarga,” kata sumber.
Malah katanya, lelaki terbabit yang ketagih dadah sejak 20 tahun lalu, berbelanja RM2,000 sebulan bagi membeli dadah selain membahayakan dirinya yang bekerja sebagai pemandu lori.

“Lelaki terbabit dan rakannya yang juga pemandu lori dari Bukit Besi, Dungun, ditahan dalam lori berasingan di kawasan sama ketika dalam keadaan khayal,” katanya.

Sumber berkata, sebaik tiba di lokasi kira-kira 20 meter dari rumah keluarganya, polis segera membuat pemeriksaan dalam lori didiami lelaki terbabit dan merampas satu tiub heroin bernilai RM30 yang disembunyikan dalam kotak rokok dalam poket seluar dipakai.
Katanya, polis turut merampas beberapa peralatan menghisap dadah dalam lori berkenaan sebelum membuat pemeriksaan terhadap satu lagi lori didiami lelaki berusia 36 tahun.

“Hasil pemeriksaan air kencing terhadap mereka, kedua-dua lelaki terbabit positif dadah jenis heroin dan ditahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts