translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri ziarah jenazah Azizan


Bekas Menteri Besar Kedah, Azizan meninggal dunia Datuk Sri Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Seri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, jam 11.15 pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar, Datuk Muhkriz Mahathir. Ketika itu Mukhriz berucap pada majlis perasmian mesyuarat agung Persatuan Peladang Kawasan (PPK), di sini.


Semalam, Azizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau dilaporkan dalam keadaan kritikal, selepas mengalami komplikasi jantung yang serius dipercayai akibat jangkitan kuman.

Azizan, 69, yang bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan sejak seminggu lalu, dikatakan pengsan selepas serangan jantung pertama kira-kira jam 3 pagi semalam dan kini dipantau rapi oleh doktor.

Isterinya, Puan Seri Faezah Sheikh Hamzah, mengakui kesihatan Azizan semakin tidak stabil sejak seminggu lalu sehingga memaksanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Pada 9 Mei lalu, Azizan menjalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan diabetes selepas dipindahkan dari Kedah Medical Centre (KMC), di sini.

Beliau yang mempertahankan kedudukan sebagai ADUN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu menerima rawatan lebih tiga bulan di HPP, sebelum dipindahkan ke HSB mulai 13 Ogos lalu. 

Sementara itu, Mukhriz hadir ke HSB pada kira-kira jam 11.50 pagi bagi melawat jenayah Azizan.Turut hadir, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menziarah jenazah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia hari ini, di Masjid Nurul Ihsan, Jalan Langgar dekat sini. 


Seri Paduka berdua tiba di masjid itu jam 3.50 petang dan turut serta, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah. 


Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut berjumpa dengan keluarga Allahyarham di masjid itu untuk mengucapkan takziah. 


Azizan, 69, yang menjadi menteri besar Kedah sejak Mac 2008 hingga pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lalu, disahkan meninggal dunia jam 11.05 pagi, berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts