translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

Empat ditahan curi jentolak


Seorang anggota kongsi gelap Geng 36 adalah antara empat suspek yang ditahan polis dalam Op Cantas Khas di sekitar Sungai Besi, Seri Kembangan dan Serdang, berhubung kes curi jentera berat di Lembah Klang.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, semua suspek ditahan dalam tiga serbuan berasingan antara 18 dan 21 September lalu.

“Dalam serbuan pertama jam 2.45 pagi, polis memberkas dua lelaki berusia 32 dan 33 tahun di kawasan tempat letak kenderaan di Flat Seri Paka, Batu 5 1/2 Jalan Sungai Besi. Polis turut menemui beberapa peralatan mencuri kenderaan berat termasuk kunci.
“Susulan itu, polis menahan dua lagi suspek iaitu di Serdang dan Seri Kembangan pada Sabtu lalu. Siasatan lanjut terhadap empat suspek itu, polis kemudian menemui semula beberapa kenderaan jentera berat yang dipercayai dicuri kumpulan berkenaan.

“Antara yang ditemui semula ialah dua jentolak dan jentera penggelek jalan yang disembunyikan di bawah jambatan di Sungai Besi. Polis turut merampas sebuah lori pengangkut kenderaan berat yang disewa kumpulan berkenaan untuk mengangkut kenderaan yang dicuri yang dianggarkan bernilai RM700,000,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, polis percaya kumpulan yang dipercayai aktif sejak enam bulan lalu itu bertindak menyembunyikan semua jentera berat curi itu sementara menanti pembeli.
Mohan Singh berkata, modus operandi kumpulan itu adalah mencuri kenderaan berkenaan di tapak pembinaan yang tidak dikawal atau tidak beroperasi di sekitar Lembah Klang.

Mohan berkata, polis kini memburu lima lagi lelaki termasuk ketua mereka yang digelar ‘Boy’.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts