translate

pengunjung

Powered by Blogger.
RSS

PILU...... Peluk nisan bapa


Georgetown: “Walid (bapa) dah tak ada, walid dah tak ada.” Hanya itu yang diucap berulang kali oleh Muhammad Habibullah ketika jenazah bapanya, Koperal Zal Azri Abd Somad, 31, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Gelugor, di sini, awal pagi semalam.
Allahyarham Zal Azri menemui ajal selepas kepalanya dihentak dengan batu oleh penjenayah ketika Ops Lejang di Taman Teknologi Cheng, Melaka pagi kelmarin.
Reaksi kanak-kanak berumur empat tahun itu mengundang suasana pilu ahli keluarga dan orang ramai, lebih-lebih lagi apabila dia enggan pulang selepas jenazah dikebumikan.

Walaupun diajak beredar, dia tetap enggan dan memberitahu mahu menyiram air mawar di pusara bapanya, menyebabkan ahli keluarga akur dengan permintaannya sebelum memujuknya pulang.
Foto
IBU arwah, Zaiton Ismail tidak mampu menahan sebak ketika menyiram kubur anaknya.

Sambil ditemani ibunya, Atiqah Mohd Rosdi, 29, anak sulung daripada dua beradik itu kemudian memeluk batu nisan selepas menyiram pusara bapanya. Dia dilihat hanya termenung, tetapi tidak menangis sebelum beredar pulang bersama keluarga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Followers

Popular Posts